Wednesday, July 13, 2005

Take It Easy, Guys!


Aku pernah merasa jadi orang paling malang sedunia? Pernah punya masalah yang bikin dunia aku seolah hancur, atau bikin aku menghilang saja dari bumi ini? Tiba-tiba saja cepat marah dan tersinggung? Lagak gayanya jangan-jangan aku sedang kena depresi.

Pastinya, semua orang akan terkena depresi. Mereka yang dinilai rata-ratanya 9 orang yang cantik, yang ganteng, tua, muda, orang kebanyakan boleh kena depresi. Ingat Kurt Cobain, vokalis kelompok muzik Nirvana yang geren habis itu? Keputusannya bunuh diri juga kerana depresi. Ternyata, keunggulan yang diraih tidak menjamin dia terhindar dari depresi.

Tapi, Take It Easy, Guys! Meskipun semua akan kena depresi, janganlah sampai membunuh diri segaya Kurt Cobain. Ada cara-cara mengenali dan mengatasi depresi, dan semuanya boleh dibaca di buku ini. Penulisnya, Bev Cobain, sepupu kepada Kurt Cobain. Bev pun bergelut di bidang penanganan depresi. Dalam buku ini, juga boleh belajar dari kisah-kisah manusia yang pernah depresi, baik mereka yang berhasil mengatasinya maupun mereka yang, sayang sekali, gagal.

So, Take It Easy Guys! Aku kenali gejala depresi, dan ketika akumelihat ada tanda-tanda itu ada pada diriku atau orang-orang terdekatku, mereka yang aku kenal, supaya segera cari pemecahannya.

Tentang penulisnya bukan main sedihnya Bev Cobain ketika dia mendengar Kurt Cobain bunuh diri. Sebenarnya, sebagai profesional dalam bidang kesihatan mental, dia melihat tanda-tanda depresi pada Kurt sudah demikian jelas. Sayang sekali sepupunya itu adalah seorang pemuzik terkenal, yang selalu sibuk misi penjelajahan seluruh dunia, dengan sistem pengamanan yang sangat ketat. Sungguh sulit bagi Bev untuk menjangkaunya.Tak mampu mencegah Kurt bunuh diri, Bev pun giat menjalankan pencegahan bunuh diri di kalangan remaja. Di Amerika, keupayaannya yang tak kenal lelah itu mendapat pengakuan dari National Mental Health Association berupa penghargaan Green Ribbon. Kini, Bev sering diundang kediskusi terkemuka dalam seminar serta karya tentang depresi dan pencegahan bunuh diri.

Friday, July 08, 2005

The Fifth Mountain

Pada mulanya tidak terniat membaca buku ini. Tetapi satu-satunya buku yang saya tidak baca di rak cat (cousin). Akhirnya terdorong membaca sewaktu menuggunya balik. Buku ini mengisahkan dugaan yang teruja dialami Elia yg ketika itu berusia 23 tahun. Merasa terancam oleh Ratu Izebel yg hendak membunuhnya, Elia melarikan diri dari Israel ke kota Akbar yg indah, menumpang di rumah seorang janda dan anak laki-lakinya. Ketika kota itu terancam peperangan, Elia berseru pada Tuhan agar menyelamatkan kota itu dan penduduknya, tapi Tuhan seakan tidak mendengar. Ketika dia meminta Tuhan menyelamatkan perempuan yg dicintainya, Tuhan pun seakan memalingkan muka tak peduli. Segala pencobaan ini membuat Elia mempertanyakan kasih dan kemurahan hati Tuhan, dan mendorongnya mengambil satu keputusan: menentang Tuhan sampai Dia memberikan jawapan.

Meski cerita ini diambil dari cerita episod di Alkitab Yahudi, namun bagi aku temanya bersifat universal, yakni membahas hubungan antara manusia dengan Tuhannya, dan betapa pentingnya iman serta harapan. Seperti Elia, saat kemalangan datang silih berganti, dia pun sering kali bertanya-tanya, "Kenapa ini terjadi pada saya?""Kenapa Tuhan tidak mendengar doa saya?". Inilah akibat menyalahkan tuhan. Bukan setiap perbuatan ada pembalasan dan dugaannya. Ada orang-orang yg menjadi lebih kuat setelah mengalami kemalangan, ada pula yg langsung menyerah dan tak mahu bangkit lagi. Ada yg jadi meninggalkan Tuhan, ada pula yg jadi lebih dekat dengan Tuhan.Kisah ini adaptasi kisah nabinya. Seorang nabi menyalahkan Tuhan?Aneh!.Bagaimana harus memimpin umat manusia kerdil jika seorang nabi pun menyalahkan tuhan dengan apa yang terjadi.

Tema itulah yg diangkat oleh Paulo Coelho dalam The Fifth Mountain dengan sangat menyentuh. Seperti buku-buku Coelho lainnya, The Fifth Mountain adalah buku yg memberikan inspirasi bagi para pembacanya dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Wednesday, July 06, 2005

ISRAELI EMPIRE COLLAPSE IN 2022

EMPAYAR Israel musnah pada tabun 2022? Ini lah persoalan yang menarik saya membeli buku ini. Malah semasa masih di dalam kedai buku lagi, seorang rakan berbangsa Cina bertanya di mana saya mendapat buku ini. Saya menunjukkan bahagian 'RELIGION' dan dia turut membelinya. Seperti yang tertulis di kulit belakangnya, a rare book, buku ini memang asing. Ia ditulis berdasarkan pemerhatian Bassam Nihad Jarrar, seorang aktivis Islam dari Ramallah, Palestin yang diusir oleh kerajaan Israel pada 1992 bersama beberapa rakan seperjuangannya. Semasa dalam buangan di sebuah kampung di selatan Jordan, beliau terfikir untuk menulis buku yang berkisar kepada Surah Al-Israa' iaitu surah yang ke-17. Ayat keempat hingga kelapan surah ini bercerita mengenai Bani Israel. Pada ayat ketujuh, sebahagiannya membawa maksud

"...dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh- musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. "

Berpandukan tradisi, buku sejarah, hadis, tafsiran kontemporari dan kiraan matematik berasaskan angka 19 dalam Al- Quran, penulis membuktikan kerajaan Israel yang kedua hanya wujud pada tabun 1948. Kerajaan yang pertama adalah kerajaan yang diperintah oleh Raja Nabi Sulaiman A.S. Selepas kewafatan baginda pada tabun 935 BC, kaum Bani Israel tidak lagi mengikuti ajaran Kitab Taurat. Mereka membuat banyak kerosakan dan salah laku. Lantaran itu, mereka dihukum oleh kekalahan kepada beberapa kuastl besar seperti Rom, Egypt, Assyria, Babylon dan Islam (semasa zaman pemerintaban Khalifah Umar Al- Khatab ). Banyak percubaan untuk menubuhkan kerajaan mereka semula tetapi semua usaha itu gagal sehinggalah pada 1948. Penubuhan Israel pada 1948 bertepatan dengan ayat keenam yang bermaksud

"Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali.. "


Pada tahun 1950, kerajaan Israel memperkenalkan Law of Return, untuk menggalakkan Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia kembali ke tempat asal mereka. Sejak itu, penduduk Yahudi di Israel meningkat dengan mendadak. Ini gelaTi dengan ayat ke-enam yang seterusnya bermaksud,

"... dan Kami jadikan kamu kelumpuk yang lebih besar"

Dalam ayat ini juga memberi gambaran Yahudi yang ada sekarang menjadi lebih ramai kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dari seluruh dunia yang menganut agama Yahudi. Allah juga berfirman,

"...dan Kami membantumu dengan harta kekayaan.."

Ini menepati situasi Israel sekarang yang Imenjadi sebuah negara tentera kuat kerana bantuan kewangan daTi luar. Sebagai contoh, pacta tahun 2001, Amerika Syarikat dan Israel menandatangani perjanjian bersama yang melibatkan bantuan ketenteraan bemilai USD 2.4 billion setahun.

Perhatikan juga ayat keempat yang bermaksud,

"...Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan sombongan yang besar"

Bermakna, Bani Israel membuat dua kali kerosakan dan menerima dua kali hukuman. Sekiranya kerosakan pertama dan hukumannya berlaku selepas kewafatan Raja Nabi Sulaiman (A.S.), bagaimana pula dengan kerosakan dan hukuman yang kedua? Buku ini berhujah bahawa Al-Quran memperkatakan tentang kerosakan daD hukuman yang kedua tetapi tidak bercerita dengan terperinci mengenainya. Justeru, penulis mengajak pembaca memikirkan mengenai apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang- pembunuhan dan penyembelihan beribu- ribu Muslim yang tidak berdosa atas nama memerangi pengganas - adakah boleh dianggap sebagai kerosakan dan salah laku mereka yang kedua? Sekiranya ini dianggap sebagai kerosakan yang kedua, bilakah hukumannya?

Kajian yang mendalam berdasarkan formula matematik oleh penulis mendapati penubuhan Israel pacta 1948 akan membawa kepada pelbagai kerosakan selama 76 tahun. Ini bermakna kaum Israel akan berakhir pacta tahun 2022! Buku ini mempunyai dua bahagian. Pertama, mengenai interpestrasi surah AI- Israa' yang juga digelar Surah Bani Israel. Kedua, interpretasi numerikal dalam ayat ini yang selari dengan interpretasi bahagian bertama dan ditambah dengan beberapa bukti matematik yang mengejutkan.

Bahagian pertama mengandungi sepuluh bab, antaranya mengenai jatuh bangun kaum Bani Isreal serta tarikhnya mengikut tahun bulan (hijrah) dan tahun matahari (masihi); kerajaan kedua yang disebutkan dalam Al-Quran; hukuman dan ganjaran Allah S. W. T.; kemasukan Yahudi dan Kristian ke dalam agama Islam; pengusiran Yahudi daripada Madinah; hari kiamat dan persoalan samada Yahudi yang ada sekarang adalah di kalangan bani Israel yang asal atau tidak?

Bahagian kedua mengandungi dua bab yang menghuraikan formula alphabetical mathematic dalam Islam secara terperinci. Bagi pembaca yang belum pernah mendengarnya, alphabetical mathematic adalah kiraan yang dibuat berdasarkan huruf dalam Bahasa Arab. Ini boleh dilakukan kerana setiap huruf dalam Bahasa Arab mewakili nombor tertentu. Pembaca pasti mendapat pengetahuan baru bila menelaah struktur matematik berasaskan angka 19 dan melihat bagaimana penulis dapat mengira usia kerajaan kedua Israel iaitu 76 tahun. Kiraan ini juga berdasarkan buku yang ditulis oleh beliau sebelum ini, The Miracle of Nineteen Between the Backwardness of Muslim and the Perversities of Impostors. Penulis juga menggunakan syarahan penulis terkenal, Muhammad Ahmad Al-Rashid mengenai 'Orde Dunia Baru' sebagai rujukan utama. Bagaimanapun, penulis menegaskan bahawa tulisan beliau bukanlah satu ramalan kerana Islam melarang sebarang usaha meramal sesuatu. Buku ini sekadar satu pemerhatian dan terpulang kepada pembaca untuk meyakininya atau tidak berdasarkan bukti dan fakta yang dikemukakan. Apa yang diharapkan oleh penulisnya, agar buku ini dapat meningkatkan moral dan memberi motivasi kepada umat Islam untuk bertindak menangani keadaan. Penulisan buku ini adalah sebahagian daripada usaha membongkar rahsia Al-Quran dan menaikkan semangat umat Islam. Buku setebal 98 mukasurat ini diterbitkan pacta tahun 2002 dan dijual dengan harga RM12.50 senaskah.